KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba semalam merasmikan Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen (Hydrogen Electric Vehicle Battery) atau HEBATT iaitu pusat inovasi bateri tempatan yang akan menghasilkan bateri sel kantung nanoteknologi untuk aplikasi Kenderaan Elektrik (EV).
HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia (NESTI) yang diterajui agensi di bawah MOSTI, NanoMalaysia Berhad (NMB).
HEBATT akan mengeluarkan bateri dipertingkatkan dengan teknologi nano yang mempunyai ketumpatan tenaga yang tinggi dan prestasi pengecasan pantas sambil mengurangkan risiko bahaya kepada alam sekitar.
"Pembangunan HEBATT ini secara tidak langsung akan mengekalkan negara pada trajektori ekonomi rendah karbon dan kecekapan sumber sambil mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain global dalam pasaran bateri yang bernilai berbilion dolar AS.
"MOSTI yakin bahawa HEBATT akan menerajui pembangunan bateri yang dipertingkatkan teknologi nano Malaysia dan seterusnya menuju pencapaian baharu dengan impak sosio-ekonomi yang ketara.
"Ini penting untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Berteknologi Tinggi menjelang tahun 2030 dan pada masa yang sama meletakkan Malaysia antara negara teratas dunia bagi pembangunan ekonomi yang dipacu oleh teknologi inovatif untuk kesejahteraan rakyat," kata Adham.
HEBATT merupakan kerjasama antara penerima pelaburan Kumpulan NanoMalaysia, HyPERTech Industries Sdn Bhd (HTSB) dan International Battery Center (IBC) Sdn Bhd, iaitu pusat perundingan sehenti bagi kerjasama inovatif tempatan dan antarabangsa antara industri, universiti dan agensi kerajaan.
Pusat ini akan menjadi tumpuan dalam pembinaan dan perkembangan kepakaran tempatan di dalam pembikinan bateri dan aplikasinya untuk sektor perindustrian yang berkaitan.
Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan bateri kimia baharu dan penghasilan bateri canggih dalam pelbagai faktor, bentuk dan penyimpanan berasaskan hidrogen.
Penyimpanan berasaskan hidrogen dipilih berbanding silinder biasa kerana ia lebih ringan dan mampu menyimpan kuasa yang lebih tinggi serta tenaga yang lebih tumpat.
Selain itu, teknologi sel kantung juga tahan getaran dan boleh diubahsuai dari segi saiz kantung dan elektrod.
Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata, pembangunan HEBATT adalah penting kepada agenda ekonomi hijau negara kerana ia akan menjadi pusat ekosistem tempatan bagi pengeluaran penyimpanan bateri dan hidrogen.
"Apabila ekosistem ini berkembang, ia akan memacu negara ke arah kedaulatan teknologi dalam sistem penyimpanan tenaga, terutamanya bagi sektor tenaga bersih, dengan nilai baharu dan rantaian bekalan diwujudkan untuk pekerjaan bernilai tinggi baharu dan peluang keusahawanan yang merangkumi bahan mentah, bahan perantara dan produk pengguna akhir.
Tambahnya, NESTI, melalui HEBATT, akan terus menghasilkan pakar tempatan dalam teknologi canggih untuk aplikasi EV, sumber tenaga pegun dan boleh diperbaharui, serta merevolusikan sektor terlibat seperti pertanian pintar dan ekonomi digital.
"Modal pelaburan bina teroka NMB mampu mengurangkan risiko usaha berteknologi tinggi sekali gus menarik lebih banyak pelaburan dari sektor swasta yang konservatif."
Dianggarkan, Pusat Inovasi yang ditempatkan di G-4, Inkubator 3, Pusat Perniagaan Technology Park Malaysia, Bukit Jalil memerlukan pelaburan sebanyak RM7.35 juta.
Setelah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2024, Pusat Inovasi ini boleh menghasilkan 250 bateri sel kantung berkapasiti antara 18 volt hingga 72 volt setahun.
--BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Adham merasmikan Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen di MRANTI Park, Kuala Lumpur, semalam. - Facebook Dr Adham Baba
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan
HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia yang diterajui NMB.